Saturday 8 October 2011

Talkin untuk SME Bank

Umum mengetahui (terutama usahawan..bukan orang awam) bahawa Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad atau SME Bank merupakan sebuah bank yang diwujudkan bagi membantu usahawan dalam menjayakan agenda kerajaan dalam meningkatkan bilangan usahawan terutama sekali usahawan bumiputera.

Meskipun demikian, sejak akhir-akhir ini kami para usahawan nampak seolah-olah SME Bank semakin sayu dan layu….ada antara kami berdesas desus bahawa SME Bank tenggelam dek promosi gah dan besar besaran SME Corp (dah tak bagi geran lagi dah..) yang menyebabkan usahawan baru TERKELIRU dan menyatakan SME Corp itulah SME Bank…..dan ada juga antara kami yang dapat menghidu bahawa kesayuan dan kelayuan SME Bank ini bermula dengan pengurusan baru yang diterajui oleh Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus……dan ia menjadi lebih parah lagi apabila belanjawan tahun 2011 yang dibentangkan pada tahun 2010 tidak ada peruntukan sesen pun untuk SME Bank? Apa sudah jadi?

Wahai pengurusan SME Bank….sila ambil perhatian. Rangkaian kami sangat besar, serta telah wujud lebih dahulu daripada kamu wahai pengurusan Bank mengenali kerjaya di dalam Bank!!!! Kami mengenali pegawai-pegawai kalian lebih daripada kalian mengenali pegawai-pegawai kalian.

Keluhan pegawai-pegawai kalian menjadi peneman kami para usahawan. Mengapa? Sebab mereka sudah hilang minat bekerja dan secara tidak langsung menjejaskan khidmat mereka untuk membantu kami? Adakah kalian para pengurusan BUTA atau PEKAK? Atau buat - buat BUTA dan buat - buat PEKAK?

Terumbang ambingnya SME Bank ini kami hidu apabila operasi “pembersihan etnik” melalui Mutual Separation Scheme yang dijalankan pada penghujung 2010. “Pembersihan etnik” ini telah menyebabkan banyak BAKAT-BAKAT hebat dan MAHIR telah pergi meninggalkan Bank ini. Sebenarnya, hasil maklumat risikan kami, "Pembersihan Etnik” ini adalah nama lain bagi “Undi Tidak Percaya” pegawai dan staff Bank terhadap pengurusan Bank sekarang. Mengapa dan apa puncanya?

Risikan tepat kami mendedahkan antara puncanya ialah seperti berikut :-

a) Pengubahsuaian bilik dan kemudahan lain bagi para pengurusan Bank yang baru (nama glamer kalian ialah PENGARAH)
Apa rasional kalian mengubahsuai bilik kalian? Kami para usahawan bukan tidak tahu bahawa kedudukan kewangan SME Bank tidak lah berapa sihat. Kewangan tahun 2009 dalam keadaan rugi dan kadar NPL berlegar sekitar 30%. Bagaimana kami tahu tentang ubahsuai ini? Kami tahu sebab kami kenal pegawai kalian lebih daripada kalian mengenali pegawai kalian. (Ironi nya tiada bahagian financial statement dlm annual report kalian di dalam website SME Bank...takut ke?) Ubah suai kalian mencecah jutaan ringgit disaat kedudukan kewangan SME Bank dalam keadaan RUGI. Bukan kami tidak tahu yang ada “PENGARAH” yang mahukan bilik air di dalam bilik sendiri. Kalian yang bertitle “PENGARAH” ini sebenarnya berangan-angan seolah olah bahawa SME Bank ini bapa kalian yang punya dan diwasiatkan pada kalian. Adakah kalian Tan Sri Azman Hashim (CEO AM Bank) ataupun Tan Sri Dato' Sri Dr. Teh Hong Piow (Pengasas dan Pengerusi Public Bank). Mereka berdua sememangnya tuan punya Bank masing masing. Sekiranya kalian memang ada saham dalam SME Bank, lantak la nak ubahsuai macam mana pun..tetapi masalahnya kalian bukan mereka dan sesen saham pun kalian tak punya di dalam SME Bank ini.
Maklumat risikan juga mendedahkan kalian mengubahsuai lot parking kereta yang sejak dahulu tidak pernah diubah. Kami para usahawan gelak pecah perut sehinggakan kami beranggapan, adakah kalian semua memandu lori treler 40 kaki ke pejabat? Ataupun terlalu bodoh nak parking kereta kalian hinggakan terpaksa ubah suai 3 parking lot menjadi 2 parking lot?
Sebenarnya, keluhan pegawai kalian mengenai ubahsuai ini menyebabkan hampir kesemua staf bukan sahaja tidak suka..malah membenci kalian….
“PENGARAH-PENGARAH” baru ini dilihat kebencian satu rahmat kepada mereka sebagaimana Machiavelli pernah berkata;
“Hatred is gained as much by good works as by evil….”

Ubah suai yang “PENGARAH-PENGARAH” ini lakukan, selain menghabiskan tunai Bank sendiri, para pegawai kalian menganggap kalian umpama FIRAUN dimana yakin akan memerintah  SME Bank ini untuk 100-200 tahun lagi (sepatutnya perkataan MENTADBIR URUS, tetapi tak layak untuk pengurusan SME Bank kali ini). Walhal sebenarnya kontrak kalian hanya 2 tahun dan risikan kami mendedahkan kontrak kalian telah diperbaharui 2 tahun lagi. Kami tak tahu mana silapnya kontrak kalian diperbaharui, dan kami percaya lobi kuat kalian kepada pihak kementerian terbabit membuahkan hasil……Dan sekali lagi bertepatan dengan kata-kata Machiavelli iaitu
“Men rise from one ambition to another: first, they seek to secure themselves against attack, and then they attack others….”


b) Barisan “PENGARAH” yang sombong lagi berlagak
Di mana berlagak dan sombongnya “PENGARAH-PENGARAH” ini? Mudah….pengasingan diri kalian daripada staf menunjukkan kalian semua ini SUPER SOMBONG….contoh mudah…kenapa perlu ada bilik air di dalam bilik kalian? Apakah kalian kencing keluar air emas? Ataupun mungkin kalian menghidap buasir atau batu karang yang menyebabkan perlu pengasingan di bilik air…tetapi bagi kami para usahawan…bilik air di dalam bilik sendiri lambang kebaculan kalian kerana takut berjumpa kami yang tunggu kalian di lobi tingkat bawah….
Maklumat risikan juga mendapati kalian para “PENGARAH” menganggap semua pegawai dan staf SME Bank adalah golongan MARHAEN dan menganggap diri kalian umpama FIRAUN. Kalian tidak bergaul dengan staf dan pegawai. Kalian makan dan duduk di kalangan kalian dan naik lif pun bersama golongan kalian. Kalian lupa bahawa staf dan pegawai yang berhempas pulas kerja mengalahkan LEMBU untuk kami para usahawan.
“PENGARAH – PENGARAH” ini betul-betul menjiwai kata-kata Niccolo Machiavelli yang berbunyi
“Since it is difficult to join them together, it is safer to be feared than to be loved when one of the two must be lacking…..”

“PENGARAH-PENGARAH” lebih senang dilihat ditakuti hinggakan dengan staf dan pegawai sendiri pun tak bergaul dan ia sangat bertepatan dengan kata-kata Machiavelli di atas….

c) Barisan ‘’PENGARAH” yang penakut lagi bacul
Ya….membiarkan kami para usahawan berjumpa pegawai bawahan apabila ingin berjumpa kalian merupakan tahap KEBACULAN kalian yang tinggi. Kami para usahawan juga dapati sekiranya ada forum, ekspo mahupun mesyuarat yang melibatkan kementerian selain MITI….batang hidung kalian satu pun tak nampak…..
Rangkaian kami di kementerian bukan MITI dan juga agensi agensi kerajaan negeri yang lain mendapati sebarang mesyuarat yang melibatkan wakil daripada Zon-zon pembangunan (tak kira lah dari Selatan, Utara mahupun Pantai Timur) satu pengarah pun tak datang…mungkin tengah memerap di dalam bilik air masing-masing sebab kencing emas tak habis-habis…..

Tiga sebab utama di atas menyebabkan Mutual Scheme Separation mendapat sambutan “SUPER” hangat daripada hampir semua pegawai dan staf SME Bank. Hal ini didedahkan sendiri oleh mereka yang telah mendapat tawaran skim ini. Dan lebih “memeranjatkan” ramai orang-orang lama yang memohon…Apakah tanda semuanya ini? Ini semua tanda semua staf dan pegawai kalian tidak mempercayai semua “PENGARAH – PENGARAH” ini.

Sebenarnya, berita mengenai Mutual Separation Scheme ini ada cerita di sebalik cerita. Risikan kami mendedahkan, ada pegawai memaklumkan bahawa Datuk Radzif pernah ditanya oleh pegawai mengenai khabar mengenai skim semacam ini, tetapi Datuk Radzif mengatakan “….ia adalah khabar angin dan tidak benar. Teruskan fokus untuk bekerja dan jangan membincangkan isu skim ini kerana ia tidak akan berlaku”
Kurang enam bulan Datuk Radzif mengeluarkan kenyataan ini, skim ini dilancarkan. Ia sekaligus mengingatkan kami dengan kata-kata Niccolo Machiavelli yang berbunyi
“…The promise given was a necessity of the past: the word broken is a necessity of the present….”

Tetapi, yang menjadi SUPER LAWAK ialah, salah seorang pengarah kalian bergelar Dee Gee hairan campur takjub sambil berkata “Mengapa ramai sangat yang memohon…dah tak berminat nak kerja ke?” (Untuk rekod hasil risikan kami, Dee Gee ini sungguh dibenci ramai staf SME Bank sendiri lantaran mulut manis, menggunakan pendekatan psikologi berlandaskan ayat Quran yang mana lebih kepada kepentingan sendiri)
Itu belum lagi seorang pengarah kalian dengan gelaran glamer nya Kay Aii yang terkenal dengan sombongnya telah berkata “kita ambil sahaja staf baru…”

Kami para usahawan susah hati apa bila para pegawai kalian mengadu dengan kami….ini kerana ia secara langsung menjejaskan keperluan kami untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai pegawai kalian yang moralnya telah luntur….

Kami para usahawan mendapati sejak pengurusan baru ini mengambil alih pengurusan SME Bank, dilihat ada unsur pilih kasih di dalam memberi kemudahan sama ada baru atau melayan kerenah kami bagi yang mempunyai kemudahan sedia ada.

Contoh mudah ialah dalam rangkaian rakan niaga kami terdapat sebuah syarikat besar yang mempunyai kontrak jutaan ringgit bersama kerajaan dan juga pelanggan sedia ada SME Bank sejak lewat 90-an (sebab tu kami berani cakap bahawa kami kenal pegawai dan staf kalian lebih daripada kalian sendiri). Oleh kerana ada sedikit masalah tentang bayaran kontrak yang sepatutnya telah matang dan perlu dibayar, maka rakan kami ini memohon untuk mencairkan sedikit cagarannya bagi membayar hutang yang “due” pada waktu berkenaan. Tetapi rakan kami ini sangat kecewa kerana dia dilayan macam anjing kerana rakan kami tahu ada seorang pengarah bergelar Kay Aii ini dilihat sangat membencinya (walhal kenal pun tidak…haram jadah betul) dan Kay Aii ini yang menghalang pencairan cagaran ini daripada berlaku. Waktu terdesak memerlukan tindakan yang terdesak. Maka rakan kami ini terus sms kepada Datuk Mukhriz dan di c.c kepada Datuk Radzif mengenai sekatan umpama embargo ke atas usahawan seperti rakan kami ini. Dan tidak semena mena, permohonan pencairan ke atas cagaran ini diluluskan. Rakan kami ini masih tidak berpuas hati dan ingin berjumpa sendiri dengan Kay Aii, tetapi sekali lagi rakan kami ini dilayan umpama anjing di mana rakan kami ini tunggu di lobi Bank lebih sejam dan Kay Aii dipercayai memerap di dalam bilik air sebab buasirnya terkeluar iaitu satu sindrom memalukan Kay Aii kerana takut kena maki dengan pelanggan sendiri.

Selain unsur pilih kasih, kami para usahawan mendapati cara kerja SME Bank sejak pengurusan baru ini kucar kacir dan huru hara. Kucar kacir ini menyebabkan pegawai sering bertukar atau berhenti. Dan paling kasihan adalah pegawai-pegawai SME Bank kerja lebih teruk dari LEMBU dan diperlakukan secara zalim. Malah ada pegawai dengan berseloroh memberitahu kami, pengurusan baru ini kalau boleh nak kami para pegawai bekerja seperti robot Transformers…dimana penat bukan satu pilihan….dan jangan ingat kami para usahawan tidak mengetahui ada pegawai kalian yang bekerja 3 hari 3 malam tak balik rumah hinggakan isteri pegawai ini datang ke pejabat untuk pastikan suaminya masih hidup atau dah mati….zalim kan?

Para pegawai mendedahkan kepada kami, kezaliman pengurusan baru ialah kezaliman secara halus, malah lebih zalim daripada rejim Pol Pot di era Khmer Rouge, lebih zalim daripada Ariel Sharon yang mengarahkan pembunuhan besar-besaran di Sabra dan Shatilla dan lebih zalim lagi daripada Radovan Karadzic yang melakukan pembersihan etnik di Bosnia Herzegovina. Malah para pegawai kalian berseloroh dengan kami bahawa sekiranya Pol Pot hidup semula, Ariel Sharon bangkit dari koma dan Radovan Karadzic dapat berjumpa dengan pengurusan baru SME Bank ini, mereka sujud sembah merafak takjub sebab ada yang lebih zalim daripada mereka dan lebih takjub lagi ialah yang zalim itu orang Islam sendiri.

Kezaliman yang didedahkan oleh para pegawai kalian kepada usahawan seperti kami adalah bermula di mana ada ramai pegawai yang memberontak dengan tindakan ubahsuai yang mencecah jutaan ringgit dan pada masa yang sama gagal membawa masuk pelanggan-pelanggan yang konon bagus memandangkan sebahagian besar “PENGARAH-PENGARAH” termasuk Datuk Radzif sendiri adalah dari institusi kewangan lain. Dua persoalan yang menjadi buah mulut hampir kesemua pegawai SME Bank ini tidak terjawab sehingga sekarang malahan kami diberitahu Datuk Radzif sendiri tidak berani memberi komen. Tetapi, mangsanya adalah para pegawai dimana mereka yang lantang telah dipindahkan ke jabatan lain dan pegawai-pegawai lain dizalimi secara halus. Pengurusan baru sangat mencintai Machiavelli dimana kami menganggap tindakan ini tepat dengan kata-kata Machiavelli yang berbunyi
“Men ought either to be indulged or utterly destroyed, for if you merely offend them they take vengeance, but if you injure them greatly they are unable to retaliate, so that the injury done to a man ought to be such that vengeance cannot be feared…”

Keluhan para pegawai dan staf kalian tidak berlegar dalam isu-isu seperti di atas sahaja. Akibat cara kerja yang kucar kacir ini, ada pegawai dan staf yang berhenti. Dan kami dapati penggantian staf atau pegawai yang terlibat mengambil masa yang lama. Adakah pihak HR SME Bank turut lena diulit mimpi? Ataupun “PENGARAH” HR enak duduk di dalam tandas sampai lupa untuk buat recruitment?? Yang susah siapa? USAHAWAN juga yang susah…ini kerana kami dijadikan seperti bola…sekejap kata pegawai A yang uruskan..nanti pegawai A kata pegawai B…dan pegawai B kata pihak ibu pejabat yang uruskan…memang kucar kacir lah Bank ini…..

Perlantikan Datuk Radzif pada mata kami para usahawan tidak tepat. (Kami pun tak faham bagaimana pihak kerajaan menilai mamat nih?!) Ini kerana Datuk Radzif telah membawa masuk pasukannya yang kami anggap tempang dan sangat sangat tidak memahami jiwa para usahawan seperti kami. Jaringan maklumat kami yang besar ini telah membawa kami kenal latar belakang “PENGARAH-PENGARAH” yang dibawa Datuk Radzif. Ada “PENGARAH” yang dilantik kononnya dari Bank Pusat…tetapi kami para usahawan tidak nampak dominan pun dalam memberi sumbangan kepada usahawan seperti kami. Lebih parah lagi, ada “PENGARAH” yang dijemput merupakan seorang pegawai (pegawai okay! bukan Vice President, bukan Assistant Vice President..tetapi Officer je!!!) dari salah sebuah institusi kewangan lain yang telah “demoted” dan tunggu untuk ditunjuk pintu keluar…dan dialah paling bacul dan penakut kerana kami difahamkan, segala arahan yang keluar dari mulut “PENGARAH” ini tidak ada satu pun yang berani dituliskan secara rasmi, ini bermakna cara kerja “PENGARAH” ini umpama MAFIA, cuci tangan dan bala bencana orang lain yang tanggung….orang macam ini pun Datuk Radzif kutip dan letak di SME Bank ini dan disogok dengan jawatan "PENGARAH"….Ada “PENGARAH” dikutip daripada sebuah GLC yang baru kerugian berbillion ringgit…dan dipertanggungjawabkan di SME Bank ini untuk menjaga sumber manusia…ia memang pandai jaga…sebab kami mendapat laporan bahawa dia ini sungguh manis berkata-kata dan pada kami tetap menganggap dia adalah penakut sebab ada bilik air didalam bilik sendiri…
Ada “PENGARAH” yang merupakan seorang ahli perniagaan. Dijemput untuk menjadi pasukan pengurusan atas kapasiti professional nya. Kami difahamkan, “PENGARAH” ini tidak sehaluan dengan “PENGARAH” bergelar Kay Aii…Tiada baris kata yang indah untuk Datuk Radzif dan pasukan Datuk Radzif ini melainkan dengan memetik kata-kata Niccolo Machiavelli yang berbunyi
“The first method for estimating the intelligence of a ruler is to look at the men he has around him.”

Para usahawan seperti kami tak larat dah nak gelak bila mengaitkan Datuk Radzif dengan kata-kata Machiavelli ini…..

Kami para usahawan tidak tahu berapa lama lagi SME Bank akan bertahan. Desas desus mengatakan penggabungan SME Bank ini dengan bank lain telah sejuk ditelan masa. Pembentangan bajet baru baru ini juga tidak ada cerita menarik untuk usahawan mahupun SME Bank....pun begitu kami para usahawan tidak berputus asa kerana peluang mencari rezeki masih luas untuk kami. Kami para usahawan kadang kala "lost faith" kepada SME Bank ini......bukan kerana staff atau pegawainya...tetapi barisan pengurusan baru yang "haram jadah" cara melayan kami para usahawan.

Kami para usahawan tidak akan berhenti di sini…kami suka memetik kata-kata Machiavelli yang banyak memberi inspirasi kepada kami…iaitu..
“Entrepreneurs are simply those who understand that there is little difference between obstacle and opportunity and are able to turn both to their advantage….”

Kepada Datuk Radzif dan barisan "PENGARAH-PENGARAH", kalian tetap tidak akan memahami para usahawan sebab kalian dan kami sangat berbeza. Kalian makan gaji dan kami usaha sendiri. Jangan jemu dan takut untuk jumpa kami sekiranya kami datang ke SME Bank.

SME Bank…Membangun Bersama….(ye la sangat....)